
Tahukah Anda, Aiskrim Coklat Choki Choki Yang VIRAL Sangat ‘Berbahaya’ ? !!! | Sekarang aiskrim choki choki viral di media sosial terutamanya Facebook. Baca sampai habis ye, selepas itu kongsikanlah dengan kawan-kawan untuk kebaikan bersama.

Semenjak dua menjak ini, saya tengok ramai yang post di wall Facebook masing-masing buat aiskrim coklat choki choki (aiskrim Malaysia) yang tampak sangat nyummie. Memang dah viral aiskrim ini. Macam Ais krim Sumi (LINK).Satu Malaysia tergila-gilakan rasa aiskrim yang sedap dan unik ini. Tetapi bukan resepi aiskrim itu yang saya nak bebelkan di sini. Saya nak kongsikan keburukan aiskrim choki choki itu.
Anda tahu tak berapa banyak keburukannya?
Susu cair, tepung jagung, garam di kedai semua habis, termasuk pasaraya besar seperti TESCO dan Mydin
Plastik aiskrim di pasar raya habis licin dibeli termasuklah saya
Susu pekat pun habis dibeli termasuklah saya
Lembu nak keluar susu pun menangis sebab tak sempat nak rehat
Choki choki habis, budak-budak nak makan sumi pun yellek di kedai
Aiskrim sudah dibuat, tak sempat nak mengeras dah kena bedal dengan anak-anak sebab terlalu sedap
Diet saya pun kelaut gara-gara aiskrim choki choki
Kilang-kilang aiskrim terpaksa tutup kedai sebab orang dah tak beli produk mereka lagi kerana tidak dapat menandingi kesedapan aiskrim choki choki ini.
Jadi betullah kan? Memang banyak keburukan aiskrim sumi ini. HAHAHAHAHA! Kita gurau-gurau ye, senyum sama-sama. Nah bawah ni respei buat aiskrim coklat choki choki. Memang nyummie. Selamat mencuba !!!

Bahan-Bahan
1. Susu Pekat 1 Tin
2. Susu Cair 1 Tin
3. Coklat Choki-Choki
4. Plastik Aiskrim
5. Tepung Jagung
6. Garam
Cara Buat Aiskrim Choki Choki
1. Didihkan campuran susu cair dan susu pekat didalam periuk
2. Tambah 4 tin air (guna tin kosong tadi)
3. Tambah 1/2 sudu tepung jagung (untuk melebutkan) dan secubit garam (untuk naikkan lemak)
4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar.
5. Ambil choki-choki 1 batang dan picit coklat masukkan ke dalam plastik aiskrim.
6. Tuang bahan didih tadi ke dalam paket aiskrim.
7. Masukkan ke dalam freezer
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Mohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata terkasar bahasa, kita insan biasa. – Dari Wina
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
0 Response to " Aiskrim Coklat Choki Choki Yang VIRAL Sangat ‘Berbahaya’!! Tak TAU Lagi Ker???"
Catat Ulasan