“Aku penat baru balik kerja, kau curi kereta aku" Remy Ishak Berang!!






Kereta pelakon Remy Ishak dilaporkan dicuri malam tadi.

Menerusi semakan Malaysiakini di akaun Instagram Remy pagi ini, aktor itu memuat naik status berkenaan kira-kria sepuluh jam lalu.

“Aku penat baru balik kerja, kau curi kereta aku," katanya sambil memaparkan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya.

Melalui Twitter Remy juga memaklumkan kehilangan kenderaan itu dengan memetik akaun polis trafik.

“Saya baru kehilangan kereta 30 minit lalu.

“Mitsubishi Triton Hitam dengan nombor pendaftaran WSB 7332 sila sebarkan," tulisnya.




Status Remy itu mendapat pelbagai respon daripada pengikutnya.

Ada yang terkejut dan memberi pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah serta cuba membantu.

“Mencuri ni tak selamat kat dunia sekalipun takkan pernah selamat di akhirat.

“Kalau dia tahu azab, baik dia pulangkan dan minta maaf, semoga Allah SWT permudahkan urusan,” ujarnya.

Manakala seorang pengguna akaun @mielia81 berkata akan cuba membantu sekiranya menerima sebarang maklumat.

“Salam Mie, sabar, Insya Allah semoga dipermudah urusan.

“Kalau ada berita pasal kereta kau, aku bagitahu,” katanya.





Tetapi tidak kurang juga yang mendoakan dengan kehilangan itu, rezeki Remy dipermudahkan dan bertambah di masa depan.

“Saya tidak tahu nak suka atau tidak status ini, cuma amat bersimpati.

“Saya doakan kereta Remy akan ditemui semula, jika tidak semoga ada yang lebih baik untuk saudara,Insya Allah. Amin,” katanya.

Pun begitu, Remy tidak mendedahkan di mana lokasi insiden terbabit berlaku walaupun ramai yang meneka kejadian belaku di Sri Kembangan.

Malaysiakini masih cuba mendapatkan respon daripada Remy berkaitan insiden terbabit.

Status itu setakat berita ini ditulis mencecah 3, 386 like dan 183 komen.




0 Response to " “Aku penat baru balik kerja, kau curi kereta aku" Remy Ishak Berang!!"

Catat Ulasan