Belum selesai isu melacur, Artis Popular disiasat lagi!!...
Penyiasat akan sekali lagi mengambil keterangan daripada Nikita Mirzani berhubung kes pemerdagangan orang membabitkan suspek bapa ayam.
Pegawai pendakwa polis Indonesia Umar Surya Fana berkata keterangan Nikita diperlukan bagi melengkapkan siasatan ke atas suspek yang setakat ini hanya dikenali sebagai A.
"Setakat ini penyiasat belum menemui keserasian keterangan antara Nikita dan A," katanya seperti dilaporkan portal berita Indonesia petang ini.
Kenyataan itu dibuat ketika siasatan mengenai pembabitkan Nikita dan Puty Revita dalam kegiatan pelacuran masih berjalan.
Kedua-dua selebriti itu menafikan mereka terbabit dalam aktiviti berkenaan.
Nikita dan Puty diberkas sepasukan anggota polis di sebuah hotel mewah di Jakarta pada 10 Disember tahun lalu.
Sejurus sebelum ditangkap, Nikita dan Puty dilaporkan sedang bersedia melayan pelanggan di bilik masing-masing. Pelanggan itu kemudian didapati anggota polis yang menyamar.
Dua bulan sudah berlalu
Dua lelaki lain - dikenai sebagai O dan F - kemudian turut ditangkan di hotel berkenaan kerana dipercayai menjadi bapa ayam atau orang tengah untuk mempermudahkan urusan pelanggan.
Umar Surya berkata keterangan A dan Nikita didapati saling bercanggah.
Misalnya, kata Umar Surya, kedua-dua mereka memberikan alasan berbeza ketika ditanya penyiasat alasan datang ke hotel lima bintang pada malam kejadian.
"Itu cuma satu daripada beberapa aspek yang sedang disiasat," katanya.
Umar Surya juga mengesahkan polis sudah mengeluarkan surat memanggil Nikita melalui peguamnya namun selebriti yang memang terkenal gemar berpakaian seksi itu belum muncul seperti diarahkan.
"Sudah dua bulan dipanggil tapi belum ada khabar berita. Semalam peguamnya sekali lagi mahu menentukan tarikh.
"Kami harap minggu ini tarikh Nikita datang dapat disahkan," katanya.
O dan F kini didakwa atas kesalahan memperdagangkan orang dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
A pula ditangkap sejurus sebelum melarikan diri di Pelabuhan Bakauheuni, Lampung Selatan, pada 16 Januari lalu.
0 Response to " Belum selesai isu melacur, Artis Popular disiasat lagi!!..."
Catat Ulasan