Peha, lutut Che Ta buat peminat marah lagi......PANAS!! PANAS!!



























Berkali-kali pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dikecam kerana gambar.

Dan kali ini kritikan itu disebabkan pemilihan pakaian yang dianggap tidak bersesuaian dengan imej muslimah yang dibawa.

Kebanyakan ‘menegur’ mahu aktres itu menitikberatkan soal aurat wanita bertudung dengan sempurna.

Gambar itu yang baru dimuat naik tidak sampai sejam terus mengundang komen yang tidak berkesudahan.

Pada gambar dimuat naik, di bahagian atas tubuh Che Ta, dia dilihat memakai kot berwarna biru gelap dengan tudung berwarna hitam.

Pada bahagian bawah pula, dia berseluar jeans yang seperti terkoyak di bahagian lutut dan peha kanan sambil tangannya memegang tas tangan berwarna oren.

Pun begitu, pengikut turut mengalami kekeliruan sama ada Che Ta memakai legging di dalam seluar jeans itu.

Ini antara komen yang memenuhi ruang komen Instagram Che Ta @rozitachewan1.

“Semoga Che Ta berubah menjadi lebih baik dan kita semua mampu berubah di masa akan datang,” kata pengguna akaun @rafidah_epit.

Manakala menurut pengguna akaun @nizamazli pula, pakai dipakai mengundang kekeliruan kepada imej seorang penganut Islam.

“Atas tutup, tetapi bahagian kaku tu…,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna akaun @missdejaavu pula berkata, Che Ta tidak harus mengundang tohmahan umum dengan memilih rekaan fesyen yang ditonjolkan.

“Legging (seluar ketat) atau tidak, kalau dah mengundang fitnah untuk diri sendiri sudah tentu haram.

“Mohon... jangan ditunjukkan sangat kerana perkara itu menjadi kebanggaan yang nyata.

“Maaf bukan menghina tetapi ini yang mampu kerana dakwah secara halus tidak berguna untuk spesis sebegini. Kasi sentap saja itu pun mungkin masuk kanan keluar kiri,” katanya.

Pada gambar itu, Che Ta turut menulis kapsyen berbunyi: “Mereka mahu melihat kamu menjadi hebat tetapi tidak lebih daripada mereka. Ingat itu,” katanya.




Ketika berita ini ditulis, gambar itu berjaya mendapat hingga 3,517 likes, 215 komen dan jumlah itu semakin meningkat.

Sebelum ini, Che Ta turut dikecam kerana memakaikan pakaian dengan imej anjing pada anaknya Aisyah Dhia Rana.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Che Ta berhubung kontroversi yang berlaku.


DATANG


ts
Disusun mengikut 
Tambah komen...
Kembara Impian
Tak mau komen pakaian Kak Ros ke?
Suka Balas 5 Apr 18, 2016 20:21
Lalaili Lamtai  · 
Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah.
Suka Balas Apr 18, 2016 10:36
Anuar Daud · 
Nak tutup auratpun kena berilmu.
Suka Balas Apr 19, 2016 12:13
Izlin Nana  · 
Ini lah yg dikata kan :MENUTUP AURAT, TETAPI MASIH LAGI BERTELANJANG".......Tolong faham kan ayat ni.
Suka Balas 2 Apr 18, 2016 20:34
Kgreen Ray
Ada P Ramli pun tak tak guna pada zaman ini kerana terlalu banyak fanatik dan pelampau agama Islam sekarang.
Suka Balas 1 Apr 18, 2016 21:59
Buluh ke dalam N Keluar
Kgreen Ray dey lu tak paham pasal islam lu jangan la komen.. soal aurat adalah soal fundamental dlm islam.. sudah tentu lah bahasa yg digunakan semasa komen dibuat ada yg tidak beradab,itu adalah sgt regrettable, tapi hakikatnya isu aurat adalah perkara yg asas dlm islam.. seumpama pakai turban suatu perkara yg fundamental dlm agama sikh ( dari info yg saya dapat, harap info itu tak salah ), apakah bila ditegur org sikh yg tidak berserban atau berserban yg tidak sesuai, org sikh yg mengeur itu jd pelampau sikh? klau nak komen pasal islam, belajarlah sedikit the fundamentals of islam, tak payah pun belajar sampai 7 tahun mcm sesetengah agama tu...
Suka Balas 4 Apr 18, 2016 11:38 Disunting
Tee Abdullah  · 
Satu komen yang paling baik tetapi menunjukkan orang yang buat komen sangat bodoh. Harap faham ayat ini 'kalau bodoh jangan heboh'
Suka Balas Apr 19, 2016 09:13
Raju Laju  · 
keberatan bussiness anda sendiri .....
Suka Balas 4 Apr 18, 2016 20:51
Mat Namun
"Pesan berpesan, dan ingat mengingatkan." Cantik sungguh ajaran Islam.
Suka Balas Apr 18, 2016 21:07
Sarang Tupai Tupai
Namun Matthew Indah rupa membengkak dr ...
Suka Balas Apr 18, 2016 21:23
Buluh ke dalam N Keluar
apply "mind ur own business" awak kepada agama dan budaya awak..
Suka Balas Apr 18, 2016 11:40
Mat Namun
Mengucaplah banyak-banyak, wahai Cik Ta!!!
Suka Balas 1 Apr 18, 2016 21:17
Johnny Tung
kan elok wanita di haramkan terus dari segi hiburan dan lakonan? dunia ini semakin extrem, Rindu pulak saya kepada artis lama dulu macam Raja Ema , Seniwati Sarimah dan Ramai Lagi
Zam Zam
Hai Johnny Tung, I rasa u melayu kan. kenapa plk nak guna nama cina ya? Ada apa nak disembunyikan? Relaks lah bro..
Suka Balas 1 Apr 19, 2016 01:17
Johnny Tung
Zam Zam ...haha. tolong bagi tahu saya kenapa kau rasa saya melayu? thanks
Suka Balas Apr 19, 2016 10:49

0 Response to "Peha, lutut Che Ta buat peminat marah lagi......PANAS!! PANAS!!"

Catat Ulasan