Sekolah Diserang POCONG, Guru Dan Lebih 50 Pelajar Rebah...Menyeramkan!!!
Lebih 50 pelajar histeria dipercayai lihat pocong Oleh Siti Rohana Idris bhkb@bh.com.my SEKOLAH di Pengkalan Chepa. KOTA BHARU: Sesi pembelajaran di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa dekat sini, bertukar kecoh apabila lebih 50 pelajar serta beberapa guru diserang histeria. Kejadian histeria itu dipercayai bermula Isnin sehingga hari ini selepas beberapa pelajar mendakwa melihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong. Pelajar berkenaan kemudiannya rebah dan meracau sebelum keadaan itu 'berjangkit' kepada pelajar lain. Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang enggan dikenali berkata, sesi pembelajaran sejak Isnin lalu terganggu disebabkan kejadian itu. "Malah ada guru perempuan turut diserang histeria menyebabkan pembelajaran kami terganggu. "Pelajar yang kerasukan ini mendakwa mereka terlihat lembaga seperti pocong dan pontianak di beberapa kawasan sekolah seperti kelas kosong dan tandas," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jaafar Ismail ketika dihubungi memberitahu, beliau sudah dimaklumkan berhubung perkara itu. Difahamkan, pihak sekolah sudah membuat bacaan ayat suci al-Quran dan doa sebagai ikhtiar menyelesaikan masalah itu.Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/143444
0 Response to "Sekolah Diserang POCONG, Guru Dan Lebih 50 Pelajar Rebah...Menyeramkan!!!"
Catat Ulasan