Salam semua, ada cerita sikit saya nak kongsikan. Semasa saya pergi ke surau di KLIA (Anjung Tinjau), saya ternampak seorang pakcik ini. Dia bukan warganegara Malaysia tetapi beragama Islam. Pada mulanya, saya ingatkan dia cuma passenger biasa-biasa, datang ke surau untuk solat. Tetapi bila dah seminggu lebih, saya kerap nampak dia dengan begnya. wajahnya kelihatan sedih seperti sedang menghadapi masalah. Dalam otak saya tiba-tiba saya keluar perkataan;
“Tegurlah dia, tanya dia kenapa?”
Selepas itu. saya pun menegurnya dan bertanya apa yang dia buat di sini. Pakcik itu hanya memberikan alasan yang penerbangannya delay. Jadi saya pun bertanya sama ada dia sudah makan atau belum, namun dia hanya mendiamkan diri.
“Pakcik ada duit tak?”
“Tak ada,” balasnya.
Saya pun hulurkan sedikit duit yang ada di dalam poket in dan suruh dia pergi makan. Wajahnya kelihatan gembira dan berkata, walaupun dia tiada duit sekali pun dia kena bersabar. Tetapi saya dah berikan dia duit, dia anggap saja ini adalah rezeki dia sebab Allah selalu berada dengan orang-orang yang bersabar. Dalam al-quran juga pun ada tulis.
Tergamam saya dibuatnya. Dalam hati, “kuat betul iman pakcik ini).
Selang tiga hari kemudian, saya ternampak dia sekali lagi. Kali ini, saya benar-benar ingin mengetahui mengapa dia masih berada di sini. Mustahil penerbangannya delay sampai ke hari ini. Jadi saya tanya dia betul-betul.
Pakcik itu akhirnya mengalah dan menceritakan hal yang sebenar. Nama dia Ibrahim, berumur 57 tahun, datang dari Pakistan ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kerana di Pakistan susah kerja dan duit pula tidak mencukupi untuk menyara keluar dan anak-anak yang masih bersekolah. Nak makan pun tak ada duit, sebab itu dia datang ke KLIA sementara menunggu tarikh penerbangannya yang sebenar.
Mujur dia sudah membeli tiket balik awal-awal lagi di negara dia kerana dia fikir kalau gagal mendapat pekerjaan di sini, dia akan balik ke Pakistan semula. Di Malaysia, dia gagal mendapat pekerjaan kerana dia tidak mempunyai visa kerja. Umur pula sudah tua membuatkan orang enggan mengambilnya bekerja.
Sewaktu dia menceritakan kisah hidupnya itu, saya lihat dia benar-benar jujur kerana dia menjelaskan masalah & perihal keluarganya sampai mengalir air matanya. Tetapi dia kawal, saya pun meminta Boarding Pass dan pasport miliknya. Semua ada dan rupa-rupanya penerbangannya bukan delay tetapi tarikh dia balik ke Pakistan ialah 13 November 2015 ini. Jadi dia ada masa untuk tidur di KLIA 24 hari? Dah berapa lama dia tidur di sini? Tanpa duit dan makanan semua? Ya Allah, tuhan saja yang tahu. Hati pun dah mula rasa sebab kerana terfikirkan yang aku in susah juga tetapi masih mampu makan semua.
Dia? Boleh ke dia bertahan? Semenjak dari hari itu saya berjanji untuk membantu dia. Beri dia makan sehari sekali, itu saja yang saya mampu. Dia pun mengangkat tangan dan berdoa dengan lantang menyebabkan semua orang pandang ke arah kami. Malu saya dibuatnya, tetapi fikirkan niat hati mahu membantu orang, saya pun buat tak tahu. Kuat betul dia berusaha untuk datang ke negara ini untuk mencari duit bagi keluarganya di kampung.
Saya terfikir, macam manalah hidup saya yang akan datang. Sayu saya mendengar cerita dia. Saya kongsikan cerita ini pada semua orang, manalah tahu ada yang diantara kita bekerja di airport ternampak dia, bolehlah membantu dia sedikit sebanyak yang mampu. Semua sedekah kalau kita bantu dia, orang tengah susah.
Saya sertakan gambarnya. Cerita ini bukan rekaan atau meminta perhatian orang rawam. Kalau seispa yang berkelapangan, kongsilah cerita ini agar pakcik ini dapat dibantu. Selalu ada di surau bila waktu sudah masuk waktu solat. Bantulah dia. – Zetty. KREDIT THEHYPEMEDIA.
Home » Uncategories » “Dah Berapa Lama Pakcik Tinggal Di KLIA Tanpa Makan Minum Ni ?!!!” Ini Ceritanya..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "“Dah Berapa Lama Pakcik Tinggal Di KLIA Tanpa Makan Minum Ni ?!!!” Ini Ceritanya.."
Catat Ulasan