Bekas personaliti televisyen, Aziz Desa, meninggal dunia
Allahyarham pernah menjadi pengacara beberapa rancangan bual bicara antaranya Malaysia Hari Ini. - Foto sumber Facebook
KUALA LUMPUR: Bekas pengacara dan personaliti televisyen terkenal, Aziz Desa, 50, meninggal dunia pada jam 10.50 pagi tadi di kediaman keluarganya di Langkawi, Kedah.
Berita tersebut disahkan oleh adiknya, Azri Desa, melalui satu status di Facebook.
Allahyarham yang nama sebenarnya Abdul Azid popular sewaktu pengacara beberapa rancangan bual bicara antaranya sewaktu mengendalikan program pagi Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, disahkan menghidap masalah buah pinggang dan kencing manis Januari lalu.
Allahyarham antara pengacara pelopor program MHI pada tahun 1994, disifatkan antara pengacara yang disegani kerana kepetahannya berbicara.
Selain TV3, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pengacara bersama Astro Oasis melalui rancanganZuriat Kita dan Dahsyat 13.
Profilnya dalam bidang penyiaran juga pernah dilebarkan sebagai penyampai radio di Radio Langkawi, yang merupakan kampung halamannya.
Difahamkan, Allahyarham juga seorang ahli perniagaan dan menguruskan dua buah syarikat, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad.
Tag: Aziz Desa, meninggal dunia
0 Response to "Personaliti tv 3 pulang kerahmatullah."
Catat Ulasan