BERANG DIAIBKAN Bekas Suami, SYURA TANGKAS MELAWAN!!!.....PANAS!!


Sebelum ini, Syura Badron pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkaitan masalah rumahtangganya, namun tindakan bekas suaminya, Mohd. Fadhly membuka mulut baru-baru ini, membuatkan dia terkilan dengan perkara tersebut.



“Puncanya (bercerai) biar kami sahajalah yang mengetahuinya, tidak perlulah dihebahkan untuk pengetahuan umum kerana banyak aib wajib dijaga. Itulah, saya nak ‘berterima kasih’ sangat-sangat kepada bekas suami kerana mula membuka aib rumah tangga sendiri”
“Saya diam bukan untuk mengiyakan atau menafikan tetapi tidak mahu memalukan mana-mana pihak. Apatah lagi keluarga bekas suami adalah saudara saya sendiri kerana Fadhly merupakan sepupu rapat. Kalau saya mula bercerita, bukan sahaja dia, tetapi seluruh keluarga kami akan terasa kesannya”

Bagaimanapun, hubungan mereka anak beranak berjalan seperti biasa malah menurut Syura, dia tidak pernah berkira untuk menghadkan sebarang tempoh waktu malah kadang-kala Fadhly yang menjaga mereka ketika dia berada di luar kawasan. “Biarlah saya pendam sahaja demi menjaga kebaikan semua,” jelas Syura. Tambahnya, sama ada dia menjawab ya atau tidak mengenai dakwaan suaminya bahawa dia berubah selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti itu, perkara tersebut tidak akan mengubah apa-apa.

0 Response to "BERANG DIAIBKAN Bekas Suami, SYURA TANGKAS MELAWAN!!!.....PANAS!!"

Catat Ulasan