LAPAR!!!! Anak PEREMPUAN Melihat AYAH TERPAKSA BERKORBAN Demi SESUAP Nasi.





KASIH ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.
Begitulah yang boleh kami ungkapkan tatkala melihat sekeping gambar yang dikongsikan seorang netizen ini.
Demi kasih terhadap anak perempuan, seorang lelaki terpaksa membuang perasaan malunya dengan mencari barangan terbuang dalam tong sampah yang boleh dijual kepada peniaga kitar semula.
Semua dilakukan semata-mata bagi mencari sesuap nasi kepada keluarga tercinta.

Apa yang menyayat hati, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya dilihat duduk di kaki lima berdekatan sambil menyaksikan bapanya sedang mencari rezeki.
Aksi dua beranak yang dirakam di kawasan Sentul Raya, Kuala Lumpur ini sekaligus mengundang perasaan simpati orang ramai yang melihatnya.
Bayangkan, setelah berhempas pulas memastikan anak membesar sempurna, ada juga individu yang tidak menghargai ibu bapa yang berkorban nyawa dan wang ringgit demi mereka.
BACA: Video: Ibu Dimarahi Anak Sendiri Depan Khalayak Ramai
Buktinya, lihat sahaja kes viral yang berlaku baru-baru apabila seorang anak sanggup memarahi ibunya sendiri di tempat awam.
Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kita semua agar menghormati insan bergelar ibu bapa. – MYNEWSHUB.CC


0 Response to " LAPAR!!!! Anak PEREMPUAN Melihat AYAH TERPAKSA BERKORBAN Demi SESUAP Nasi."

Catat Ulasan