MENGGEMPARKAN!!!!!!! Pengantin OKU......... MOHD.SUKUR dan WAN NURUL SYAZWANI Diarak Meriah.





BENARLAH bagai dikatakan bahawa jodoh dan pertemuan itu sememangnya rahsia Allah SWT. Tiada siapa pun yang dapat menidakkan sesuatu perkara yang telah ditetapkan olehNya.

Begitulah juga kisah percintaan antara seorang lelaki kurang upaya sejak lahir, Mohd. Sukur Bin Ibrahim dengan pasangannya, Wan Nurul Syazwani Binti Wan Mohd Yen yang akhirnya membawa ke jinjang pelamin.


Majlis perkahwinan di sebelah keluarga lelaki yang dilangsungkan pada tengah hari Sabtu disambut penuh meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan.
Baca: Wira Mynewshub – Cacat Bukan Penghalang Untuk Berjaya





SU


Saat-saat indah kedua pasangan ini ketika diarak menuju ke pelamin.


Pasangan dua sejoli yang mengenakan persalinan berwarna merah ini bersanding pada jam 1 tengah hari tiba di pekarangan rumah di Sungai Udang, Melaka, dengan menaiki kereta mewah Mercedes Benz milik Mohd. Sukur.





Merpati dua sejoli ini ketika bersanding di atas pelamin serba indah.


Turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan ini ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga merangkap Ahli Parlimen BN Tangga Batu, Melaka, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.


Dianggarkan lebih 1,000 tetamu datang ke majlis berkenaan termasuk tidak ketinggalan jemputan khas kepada pelbagai wakil media tempatan sendiri.


Mohd Sukur, 32; dan isterinya yang berusia 28 tahun itu selamat diijabkabulkan pada tanggal 11 Disember tahun lalu di Felda Selancar 2, Segamat, Johor.


Kisah perjalanan hidup Mohd. Sukur sebelum ini pernah disiarkan oleh MyNewsHub pada 20 Disember 2015.


Semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kurnia dariNya serta diharapkan jalinan ikatan suami isteri ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. – MYNEWSHUB.CC



























0 Response to "MENGGEMPARKAN!!!!!!! Pengantin OKU......... MOHD.SUKUR dan WAN NURUL SYAZWANI Diarak Meriah."

Catat Ulasan