NORA JANDA GLAMOUR DAPAT CALAON SUAMI....ehm.



Nora Danish nampaknya tidak senang duduk apabila sering terhimpit dengan kontroversi , lebih-lebih lagi ketika khabar angin keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai menjadi perhatian ramai.

Nama Nora tidak henti dikaitkan dengan pasangan tersebut sehingga ada yang menuduh beliau punca hubungan Fasha dan Jejai menjadi keruh.



Tidak mahu terus dikaitkan dengan mana-mana cerita kurang enak selepas ini, Nora sedang berfikir untuk mendirikan rumah tangga.

Buat Nora ia adalah cara yang terbaik untuk beliau mengelak daripada kontroversi ataupun kritikan negatif masyarakat. Bersedia untuk berkahwin, Nora akui Nedim adalah calon yang agak tepat buat dirinya.

Sikap Nedim yang seiring dengan Nora membuatkan hubungan mereka kekal meskipun hanya sekadar teman biasa.




Susah apabila timbul isu – isu begini apabila nama Nora dikaitkan lagi. Sedangkan Nora sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan bekas suai, kecuali anak kami iaitu Putera Rayqal Ramli.

Mungkin dengan berkahwin, nama Nora tidak lagi terpalit dengan kontroversi begini. Tetapi dengan siapa Nora tidak tahu. Ini kerana jodoh Allah yang tentukan.

Kalau jodoh Nora kuat dengan beliau (Nedim), Nora terima kerana sikap beliau membuatkan Nora senang berkawan.



Ada sesetengah artis tidak terpalit lagi dengan kontroversi selepas mereka berkahwin tetapi ia bukan jaminan ia akan sama dengan keadaan Nora. Selagi ada sahaja pihak yang mencari kesalahan anda, selagi itulah nama Nora akan dikaitkan dengan kontroversi. Bukannya mudah lari daripada sesuatu masalah.

Sumber Berita: Berita Harian

KONGSI ENTRI INI:

0 Response to "NORA JANDA GLAMOUR DAPAT CALAON SUAMI....ehm."

Catat Ulasan