Suami Sanggup Lihat Isteri Hamil Dibelasah Perempuan Simpanan Nyer Hingga Pengsan



Seorang wanita yang hamil enam bulan cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya daripada orang ketiga, tetapi malangnya wanita itu dibelasah tanpa belas kasihan oleh perempuan simpanan si suami sehingga pengsan.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa yang terletak berhampiran Taman Pelangi, Rawang, ianya berpunca selepas mangsa berusia 26 tahun meminta penjelasan dari perempuan simpanan tersebut berhubung hubungan perempuan itu bersama suami mangsa dan mengharap perempuan itu tidak menganggu rumahtangganya lagi.

Dek kerana itu, perempuan simpanan tersebut naik hantu lalu bertindak menumbuk perut mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap mangsa.

Yang lebih menyakitkan hati, suami mangsa turut berada disitu melihat tanpa membuat apa-apa. Jantan tak guna itu membiarkan saja perempuan simpanannya memukul dan menumbuk isteri dia yang sedang hamil tanpa belas kasihan.

Difahamkan, suami mangsa pernah memukul dan memulas tangannya selepas mangsa meminta si suami menjelaskan tentang hubungan cinta terlarang beliau bersama kekasih gelapnya.

Suami Sanggup Lihat Isteri Dibelasah Hingga Pengsan | Dibelasah Tanpa Kasihan

Dek termakan dengan kata-kata perempuan simpanan tersebut, lelaki itu sanggup membiarkan isterinya yang sedang hamilkan anak mereka di belasah tanpa belas kasihan.

Tak lama lagi perempuan simpanan itu pun akan kena terima nasib yang sama, percayalah. Mana tidaknya, dah isteri yang sekarang ini pun lelaki tu tak jaga, ini kan pulak perempuan tu nanti.

Masa bercinta boleh lah bersayang-sayang, tunggu la lepas korang kahwin nanti, tak mustahil akan jadi dekat dia balik. Ataupun lelaki itu yang akan diperdaya dengan perempuan simpanan itu.




cc--infokinisensasi.blogspot.m
Tag : kejam

0 Response to "Suami Sanggup Lihat Isteri Hamil Dibelasah Perempuan Simpanan Nyer Hingga Pengsan"

Catat Ulasan