TERSENTUH HATI Melihat Gadis Ini Dengan Ayah.







SEKARANG ini kebanyakan universiti sedang mengadakan majlis konvokesyen bagi mengiktiraf hasil penat lelah graduan memerah otak demi mengejar segulung ijazah.
Kebiasaannya, kebanyakan para graduan pada masa kini gemar mengabadikan foto pra konvokesyen buat kenang-kenangan untuk masa hadapan dan anak cucu masing-masing.
Pelbagai lokasi yang dipilih untuk tujuan itu, ada yang memilih universiti, taman-taman rekreasi dan muzium sebagai latar belakang gambar mereka.
Tapi gambar pra konvokesyen ini paling menarik perhatian kebanyakan netizen kerana ia cukup menyentuh hati bila mana graduan ini tanpa segan silu menampilkan bapanya yang bekerja di ladang kelapa sawit untuk bersamanya meraikan hari graduasinya.

Anak macam ni la yang buat sejuk perut ibu mengandung, sentiasa menghargai penat lelah ibu bapa dalam membesarkan mereka sehinggalah anak-anak mereka berjaya sehingga ke menara gading. – MYNEWSHUB.CC
UM Konvokesyen Style (Sarjana Muda Seni Persembahan Tari)





0 Response to "TERSENTUH HATI Melihat Gadis Ini Dengan Ayah."

Catat Ulasan