Video: Laungan Suspek Curi Coli, Seluar Dalam Wanita Yang Diikat Tepi Pokok




Suspek diikat pada sebatang pokok sebelum ditahan polis.



4Shares

SUNGAI PETANI – Penduduk yang marah dengan tindakan seorang lelaki curi coli dan seluar dalam wanita di Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, di sini bertindak mengikat suspek pada sebatang pokok sebelum ditahan polis.


Terdahulu, suspek dilihat merayau-rayau di sekitar kampung dalam keadaan mencurigakan pada waktu tengah hari sebelum ditahan ketika sedang leka mencuri coli dan seluar dalam wanita dari beberapa rumah penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40; berkata beberapa lelaki menahan suspek dan menjumpai sejumlah coli dan seluar dalam milik penduduk di dalam baldi yang dibawanya.

“Kami berasa hairan kerana banyak pakaian tersebut hilang dari jemuran selama ini dan tidak menjangka lelaki yang muncul baru-baru ini rupa-rupanya adalah seorang pencuri,” katanya.

Penduduk kampung bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis sebaliknya menyerahkan pencuri itu kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan seterusnya.

Gambar lelaki itu yang diikat di pokok menjadi viral selepas tersebar menerusi media sosial sejak Khamis. – mStar Online
Baca: Jadi Pencuri Sebab Ketagih Bau Seluar Dalam Wanita
Juga: Misteri Siling Runtuh 2,000 Coli, Seluar Dalam Bertabur
Lagi: Guna Joran Untuk Curi Ratusan Pakaian Dalam Wanita
copet
ikat

0 Response to "Video: Laungan Suspek Curi Coli, Seluar Dalam Wanita Yang Diikat Tepi Pokok "

Catat Ulasan