Jawapan JUJUR Vie Shanti Harun Dengan ZIZAN RAZAK, Kini Menjadfi Kenyataan.
Lama membiarkan gosip keakrabannya dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak menjadi teka-teki, Vie Shanti Harun, 30, yang juga bekas isteri kepada pelakon serta usahawan, Datuk Eizlan Yusof tampil menafikan dakwaan antara mereka mempunyai hubungan istimewa.
Vie menerusi kenyataannya di laman sosial, Instagram miliknya semalam berkata, dirinya perlu tampil untuk memperbetulkan semua dakwaan tidak berasas itu dan berharap gosip yang mengaitkannya dengan Zizan segera dihentikan kerana ia memberi kesan kepada reputasinya.
“Sebelum ini, saya berdiam diri bukan kerana apa yang dikatakan itu benar. Saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga tidak mempunyai masa untuk mengulas mengenai hal remeh-temeh ini.
“Namun, apabila fitnah ini semakin berleluasa hingga mengheret nama saya di ruang gosip dalam akhbar dan laman sosial, saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkannya,” Vie dipetik sebagai berkata.
Vie berkata, gosip mengaitkan dirinya dengan Zizan sebagai keterlaluan dan melampaui batas malah turut memberi kesan kepada reputasinya, apatah lagi kerana ia membabitkan hal peribadi.
“Saya ingin menyatakan, gosip liar kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan adalah tidak benar sama sekali. Saya hanya mengenalinya sebagai sahabat biasa, tambahan pula Zizan adalah rakan kepada adik lelaki saya yang juga terbabit dalam industri yang sama,” katanya.
Ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu juga memohon supaya gosip terbabit dihentikan segera bagi menjaga hati keluarganya, selain ingin menjalani hidup tanpa sebarang kontroversi.
“Janganlah mengotorkan tangan dengan memfitnah kehidupan orang lain seolah-olah ingin membunuh mereka dalam masyarakat. Hentikan segala tohmahan yang boleh mengheret kepada kemurkaan Tuhan,” katanya.
Keakraban Vie dan Zizan hangat diperkatakan pada hujung tahun lalu apabila ada pihak mendakwa, mereka yang sebelum ini rapat sebagai teman perniagaan mula menjalin hubungan istimewa dan sering menghabiskan masa bersama.
Vie mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 bersama Eizlan, namun bercerai pada 16 Februari 2015. Hasil perkahwinan selama lapan tahun itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia.
By AzrilHassan • Uncategorized •
0 Response to "Jawapan JUJUR Vie Shanti Harun Dengan ZIZAN RAZAK, Kini Menjadfi Kenyataan."
Catat Ulasan