KURANG AJAR LELAKI MYANMAR AJAK HUBUNGAN S**ks dengan Suri Rumah



Sekadar hiasan
Tindakan lelaki Myanmar mengajak seorang suri rumah untuk melakukan hubungan seks akhirnya dibalas dengan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rofik Monu, 23, selepas dia mengaku bersalah menghina kesopanan T.Nanthini, 22, dengan mengeluarkan kata-kata "jom main" dengan niat untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April lepas.

Tertuduh, Muhamad Rofik didakwa melakukan kesalahan itu di Blok D Pangsapuri Ketumbar, Jalan Ketumbar Off Jalan Cheras Lama, Cheras, di ibunegara pada pukul 10 malam, 28 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama

0 Response to "KURANG AJAR LELAKI MYANMAR AJAK HUBUNGAN S**ks dengan Suri Rumah"

Catat Ulasan