Menurut Lana, kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.
"Saya tak tahu pun yang saya sedang hamil sehinggalah suami menegur tubuh saya semakin susut.
"Doktor mengesahkan saya hamil ketika menjalani pemeriksaan kerana sering tidak sedap badan.
"Bukan saja suami, ibu mentua dan kakak ipar antara orang yang paling gembira apabila tahu saya hamil. Setiap hari mereka akan bertanyakan mengenai kandungan saya.
"Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi semua ini ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur.
"Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak," ujar Lana dipetik sebagai berkata.
Lana mengakui semakin disayangi suami kerana itu dia diminta hanya duduk berehat dan tidak melakukan sebarang kerja berat.
"Suami memberikan layan istimewa kepada saya. Dia sangat mengambil berat dan kalau boleh menyuruh saya untuk duduk berehat saja.
"Oleh kerana itu kebanyakan gambar yang dimuat naik di Instagram hanya ketika memasak. Dia memang suka makan masakan Melayu, jadi sesekali saya sediakan untuknya," jelasnya.
Selain itu, Lana ada melahirkan hasratnya untuk bersalin di Malaysia, namun ia belum tentu dapat dilakukan memandangkan suaminya kerap bekerja di luar negara.
"Jika kandungan sudah mencecah tujuh bulan, saya khuatir tidak boleh naik pesawat. Saya berharap waktu itu saya berada di sini. Malah, suami saya juga tidak menghalang sekiranya saya mahu bersalin di sini," katanya.
<<KLIK UNTUK GAMBAR SETERUSNYA>>
0 Response to "BABY BUMP LANA NORDIN YANG CUTE!!!! FOTO.."
Catat Ulasan