Penonton konsert metal solat Maghrib berjemaah






Suasana bising dengan dentuman dram dan hingat muzik tiba-tiba berhenti. Suasana senyap.

Sejurus kemudian azan dilaungkan menandakan waktu Maghrib sudah tiba.

Suasana di Stadium Aji Imbut di Tenggarong Seberang, Borneo menjadi hening.




Suasana itu sama sekali berbeza dengan keadaan beberapa minit sebelumnya.

Sejurus kemudian ratusan peminat muzik metal bersiap-siap dan mula membentuk saf masing-masing di atas tarpal biru di depan pentas utama.

Mereka kemudian mendirikan sembahyang Maghrib berjemaah.

Demikian suasana di konsert metal yang berlangsung Sabtu lalu.

Tribunnews melaporkan sebahagian daripada peminat muzik metal itu sempat mengenakan kain sarung dan berkopiah, manakala selebihnya kekal dengan pakaian sedia ada.

Solat itu diimami Habib Hasyim Salim.

Turut menyartai solat berjemaah itu ialah anggota polis dan tentera, selain pasukan bomba yang bertugas di stadium berkenaan.

Apabila selesai mereka tidak segera bersurai untuk menyambung konsert sebaliknya melanjutkannya dengan zikir dan berselawat.

Mereka hanya bangkit selepas imam menyampaikan tazkirah ringkas.

Kemudian suasana kembali hangat dengan irama metal diselang-selikan dengan muzik reggae.





KOMEN


PERINGATAN

0 Response to "Penonton konsert metal solat Maghrib berjemaah"

Catat Ulasan