Zizie Ezzette dikatakan membuat naik gambar tidak bertudung ketika bercuti di Jepun di akaun Instagramnya.
PETALING JAYA: Isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dikecam netizen kerana membuka tudung ketika bercuti di luar negara dan memuatnaik gambar itu di akaun Instagram.
Zizie Ezzette yang juga seorang pelakon telah menukar penampilan dengan mengenakan hijab sepenuhnya.
Bagaimanapun ketika bercuti bersama rakan-rakannya di Osaka, Jepun, baru-baru ini, dia dikatakan membuka tudung.
Isteri kedua Bung Moktar itu sebaliknya hanya memakai topi dan menampakkan sebahagian rambutnya.
Memetik laporan blog hiburan, beatifulnara.com, kakak kepada pelakon Sam Shaheizy itu memuatnaik sendiri gambarnya tidak memakai tudung di akaun Instagram.
“Orang akan cakap tak mesti yang tutup litup tu baik. Tapi yang tak tutup tu memang dah tentu tak baik. Nanti ada pulak yang marah aku cakap depa tak baik. Yelah..tak baik itu terkait dengan Tuhan. Tuhan suruh buat lain,kita buat lain. Baik ke tu?,” komen netizen yang menggunakan akaun Islam Sejati.
“Mestilah artis harus kena kutuk. ko tu masyarakat tengok. buatlah perangai elok2 munah. ni x, dah la pakai tudong, makeup mcm artis dangdut, dressing x payah ckp lah. iblis tengok pun pelik. lepas tu bila kena tegur, x boleh terima kenyataan pulak. berak tengah jalan lepas tu tak nk buang taik ko tu. tu yg susah. peace,” tulis netizen Kuis sikit.
“org yg bertudung tk semestinya tergolong dlm org yg bertakwa. Hanya insan2 yg terpilih saja. itu dah termaktub dalam al quran. ramai yg mahu bertakwa dgn berhijab tapi tewas dek hawa nafsu, ego dan duniawi. so, at the end jadilah orang yg.. bertahi. ni lah contohnya. gagal total…” tulis netizen Imam Muda.
“by the way, kenapa dia pakai tudung sebelom ni? aku x paham,” komen loyalmalaysian.
Tetapi ramai juga netizen yang mempertahankan Zizie dan menganggap pengikut di Instagram tidak perlu menjadi hakim dan unfollow saja, jika tidak suka dengan tindakan Zizie.
Setakat ini Zizie tidak memberi reaksi kepada kritikan terhadapnya.
More From FMT
0 Response to "Zizie Ezzette Dikecam GaraGara tidak bertudung ketika bercuti Diluar Negara....."
Catat Ulasan