SIAPA sangka, di sebalik imejnya sebagai negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, Indonesia sebenarnya ada satu rahsia yang mencetuskan kontradiksi terhadap ajaran Islam yang dianut majoriti penduduknya.
Perkenalkan, ‘haji’ seks di Gunung Kemukus, Jawa Tengah.
Lebih dikenali sebagai ‘Gunung Seks’, para ‘jemaah’ akan berkumpul di kawasan itu untuk melakukan hubungan seks rambang bersama orang yang mereka tidak pernah kenal sebelum ini sebagai salah satu ritual keagamaan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, ritual ini dihadiri oleh 8,000 pengunjung setiap tahun!
Upacara ini telah berlangsung sejak abad ke-16 lagi dan menjadi titik tumpuan para pemuja yang percaya mereka akan kaya hanya dengan melakukan hubungan seks bersama pengunjung lain.
Menurut lagenda, tradisi itu bermula apabila seorang putera raja bernama Putera Samudro telah menjalinkan hubungan terlarang dengan ibu tirinya sendiri. Mereka berdua lari ke atas Gunung Kemukus untuk melepaskan nafsu mereka, namun telah ditangkap sebelum dibunuh dan ditanam di kawasan tersebut.
Kubur putera Jawa itu seterusnya dimakamkan dan menjadi sudut pemujaan bagi pengunjung.
“Pemuja makam itu percaya oleh kerana pasangan itu tidak sempat melempiaskan nafsu mereka, jadi sesiapa yang melakukan seks di tempat itu akan serta-merta dimurahkan rezeki dan dikurniakan kekayaan yang melimpah-ruah,” kata seorang penduduk pinggir kaki gunung tersebut bernama Pak Abboud.
Katanya lagi, dia tidak pernah bertemu dengan pengunjung daripada Barat di Gunung Kemukus itu kerana rata-rata yang datang berasal daripada serata pelosok Indonesia.
“Upacara itu merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Jawa zaman lampau. Walaupun majoriti daripada komuniti itu kini beragama Islam, namun ianya amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dan lebih kepada tradisi Hindu-Buddha,” terang Pak Abboud lagi.
Yang paling parah sekali adalah, festival ini seakan-akan menjadi alasan bagi para suami untuk curang dengan isteri mereka. Ada para isteri yang tidak tahu-menahu langsung ke mana suami mereka ‘hilang’
Meskipun dihadiri oleh ribuan orang, pihak pengurusan kawasan tumpuan itu telah menyediakan beberapa kemudahan untuk menghalalkan pengunjung untuk melakukan hubungan seks dengan membina teratak atau
pondok-pondok kecil lengkap dengan kipas angin dan tilam nipis.
Tidak cukup dengan itu, jika dalam lautan manusia itu anda masih tidak berjumpa dengan pasangan yang sesuai, usah risau. Di situ turut disediakan para pelacur yang sanggup membiarkan tubuh mereka diperlakukan lelaki jongos demi beberapa helai wang rupiah.
Apa yang lebih menyedihkan, pihak berkuasa tempatan juga tidak bias melakukan apa-apa untuk menghentikan upacara ini daripada terus menyesatkan pengunjungnya, kerana mereka juga dilaporkan ‘untung besar’ setiap kali ritual ini diadakan!
Fenomena ini merupakan sesuatu yang menarik dan menakutkan dalam masa yang sama: bagaimanakah sebuah negara dengan purata penganut Islam sebanyak 200 juta, Indonesia masih mempunyai kelompok yang mempercayai kepercayaan karut-marut sehingga menyekutukan Allah swt sebagai satu-satunya yang wajib disembah?
Hanya kerana beberapa juta rupiah, pihak pentadbiran tempatan bertindak untuk pejam mata dan membiarkan masyarakat hanyut di dalam keseronokan sementara yang hanya akan mendatangkan implikasi negatif seperti penularan penyakit kelamin, HIV/AIDS dan kehamilan luar nikah.
0 Response to " AJARAN sesat!!! ‘GUNUNG PEMUAS NAFSU’ UNTUK MEREKA YANG TIADA PEDOMAN HIDUP.... NAUZUBILLAH MIN ZALIK.."
Catat Ulasan