Mira Filza Tampil Berang Aksi Gambar Lucah Tersebar.....Panas Berasap!!!
Terkena tempias teknologi maklumat dan manipulasi media sosial memberi pengajaran kepada pelakon Mira Filzah supaya lebih berhati-hati bergambar.
Diaibkan dengan gambar diubah suai menjadi aksi lucah, dia bertekad tidak akan membiarkan perkara sama berulang di masa depan.
Menyingkap kembali gambar yang diedit itu, kata Mira, pada asalnya imej berkenaan diambil untuk mempromosi produk makanan yang memberi tajaan kepadanya.
Namun imej itu diubah suai pihak tidak bertanggungjawab dengan niat tertentu.
Justeru Mira atau nama asalnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 23, akan cuba memastikan setiap gambar yang diambil selepas ini bukan dalam aksi yang memudahkan ia dimanipulasi.
“Jika bergambar begitu mengundang perkara tidak diingini, maka saya tidak akan lagi bergambar dalam cara yang sama.
“Selepas ini, jika mahu mempromosi sesuatu produk, ada banyak cara lain boleh dilakukan,” katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini sekeping gambar Mira yang memegang produk makanan disunting secara digital sehingga memperlihatkan dia seolah-olah membuat aksi lucah.
Bukan disengajakan
Imej itu dirakam ketika pelakon siri Cinta Si Wedding Plannermenghadiri sambutan hari lahir bersama peminat dan selepas diedit, ia tersebar meluas di media sosial.
Mira akhirnya terpaksa tampil membuat penjelasan melalui Instagram miliknya.
Ketika gambar itu bertebaran di media sosial, timbul pula cakap-cakap belakang yang menuding jari menuduhnya sengaja mengundang padah kerana aksi itu memang tidak bersesuaian.
Namun, kata Mira, seseorang artis mengambil gambar dengan sesuatu produk sudah menjadi lumrah, malah isu berkenaan tidak sepatutnya timbul.
“Rasanya tidak salah bergambar sedemikian kerana sebelum ini banyak lagi foto Mira yang dirakam dengan ais krim, dan kek contohnya.
“Sebenarnya ia tidak disengajakan, dan tak ada niat pun menyebabkan timbul salah faham, cuma saya tak bernasib baik kerana gambar itu yang menjadi pilihan untuk diedit begitu,” katanya.
Sementara itu, mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa baru-baru ini, Mira berasa perlu bermusahabah diri dengan cara pilihannya.
Dia memilih untuk menunaikan ibadah umrah bersama ibu dan bapanya menjelang Ramadan nanti.
Apabila ditanya Malaysiakini mengenai harapan daripada umrah itu nanti, ini jawapan Mira: "Tujuan saya pergi ke sana adalah untuk mencari ketenangan sambil beribadah setelah melalui pelbagai cabaran di sini. Keputusan itu juga diambil ekoran jadual kerja yang padat, membuatkan saya tiada masa untuk berehat."
Jelas Mira, biarpun ini masuk kali ketiga melakukan ibadah itu, dari segi persediaan, dia tetap mahu memastikan perjalanan umrah nanti dapat berlangsung dengan lancar.
“Sebenarnya saya yang memberi cadangan kepada mak dan abah untuk mengerjakan umrah sempena hari lahir mak pada awal Ramadan," katanya.
0 Response to "Mira Filza Tampil Berang Aksi Gambar Lucah Tersebar.....Panas Berasap!!!"
Catat Ulasan