"Lepas bersalin, jangan pandai2 nak kata isteri awak tu lembik"


Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Norfaradina Ab Gharaf mengenai masalah "meroyan" di kalangan ibu yang baru bersalin. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. Baca lagi:




Meroyan adalah universal, bukan mitos orang Melayu sahaja

Saya lahirkan Aminah pertengahan musim luruh, dan Zainab, penghujung musim luruh, transition antara musim luruh ke musim sejuk. Jadi waktu tersebut jangan kata hati muram, hari pun suram. Siang lebih pendek, dedaunan kekuningan berguguran jatuh ke bumi. Duduk di tepi tingkap rumah pandang ke pokok-pokok yang semakin botak, hati rasa sayu tiba-tiba bercampur baur tak tau hendak kata macam mana. Saya berpantang sendirian cuma ditemani anak-anak dan suami. Tiada mandi air akar kayu, tungku herba, ikan haruan, barut bagai yang ada cuma sebuah harapan kalaulah Malaysia dengan UK tu dekat. Urut pun sendiri-sendiri je kirim minyak afiat dekat orang yang balik Malaysia, suami saya urutkan mana yang dia reti.

Dipendekkan cerita, semasa saya lahirkan Aminah pada 2012, dan Zainab pada 2014 health visitor (pelawat kesihatan NHS yang akan pergi ke rumah untuk memantau keadaan ibu dan bayi sebaik discharge daripada perkhidmatan midwives) berkata bahawa saya seperti ada menunjukkan simptom 'on the edge of post natal depression'. Walaupun saya menafikan sekeras-kerasnya dan bertegas bahawa saya merasa gembira. Pada kelahiran Zainab health visitor saya siap hantar surat kepada GP dan pusat kesihatan daerah untuk terapi dan group discussion di Westminster and Chelsea Hospital. Dalam kedua-dua insiden, bila health visitor pergi, saya selami dalam diri dan memang benar, saya dapat merasakan seolah ada satu kekosongan dalam hati yang di luar kawalan saya, membuatkan saya rasa seperti ingin menangis, tapi tak tahu kenapa.

Faktor penyumbang? Bukan pengabaian oleh sesiapa (suami, keluarga, jiran, pihak berkuasa ke) bukan juga stress sebab tak dapat bagi susu badan (alhamdulillah saya susukan anak-anak saya dari lepas lahir sehingga 2 tahun), bukan stress sebab letih dengan anak-anak yang lebih besar. Tapi sebab hati. Dalam hati ini ada macam satu rasa kosong. Orang mengandung, selama sembilan bulan tu badan mereka mengalami banyak perubahan hormon, kimia dan bentuk. Bila bayi dah selamat keluar, segala hormon dan kimia yang dah bertapa dalam badannya akan berubah rentak secara tiba-tiba. Bayangkan di saat badan dia dah lali dah biasa dengan perubahan hormon dan kimia tu, tiba-tiba ia perlu ditukar lagi. Mesti lah huru-hara sedikit rasa sedih, sayu, touching. Hormone dan kimia dalam badan kita ini bukan macam channel astro tau, tekan remote boleh ditukar-tukar. Ianya adalah satu proses yang rumit.

Health visitor mencadangkan saya supaya buat apa yang saya suka, dan berbanggalah dengan hasilnya, orang putih panggil 'take pride'. Jangan bermuram durja. Dia suruh saya overcome.

Perlahan-lahan saya isi kekosongan dalam hati, rasa nak menangis rasa murung tu dengan sesuatu yang lain. Saya take pride dengan anak-anak. Tengok bagaimana anak-anak yang lebih tua belajar menerima kehadiran adik mereka, siapkan anak-anak hari-hari, catat setiap perkembangan mereka, ambil gambar, share gambar tersebut dan perkembangan mereka dalam FB misalnya dengan sesiapa yang boleh buka hatinya untuk baca dan tahu. Kalau dia tak suka dia boleh padamkan dari ingatan, kalau dia suka gambar yang dia tengok, apa yang dia baca, dia boleh selitkan doa yang baik. Kalau dia baca tanpa perasaan, dia boleh abaikan seperti angin lalu.

Orang 'take pride' ke atas sesuatu perkara dalam hidup mereka untuk overcome perkara lain yang membuatkan mereka bersedih, murung, rindu, kehilangan, tekanan, rasa nak membunuh dan lain-lain perkara yang negatif. Ada juga yang berkongsi apa yang mereka 'take pride' ini di laman sosial misalnya sebagai satu cara untuk mendapatkan sokongan, kata-kata yang baik, doa, nasihat dan mungkin juga sebagai cara untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan 'sekapal'. Bukan sebab nak riak, nak buat orang lain tertekan, nak bagi orang lain cemburu, atau nak sakitkan hati orang lain. Setiap orang ada bahagian masing-masing, ada minat masing-masing. Ada benda yang dia suka, dia 'take pride in one particular thing'.

Apa kepentingan mengisi kekosongan hati yang dirasai selepas bersalin ini? Ia untuk mengelak kita daripada merasa murung dan kosong. Apabila perasaan murung, hati rasa kosong, idea yang negatif mudah hadir. Di UK dan US memang ada kes ibu yang baru lepas melahirkan bunuh anak yang baru dilahirkan. Atau bunuh anak yang lebih tua dengan cara lemaskan dalam bath tub. Atau abaikan anak sehingga kebuluran. Nauzubillah min zalik kita tidak mahu itu semua berlaku pada kita.

Saya rasa ramai orang yang ambil tindakan ini, take pride in something to overcome. Ada yang take pride dengan keletah anak-anak untuk overcome masalah kewangan contohnya. Ada yang take pride dengan hasil masakan untuk overcome masalah kerja, ada yang take pride dengan ebm yang penuh sepeti, susu badan pekat melimpah sebab nak overcome rasa trauma akibat prolonged labour atau anak yang prolonged jaundice atau anak ada birth defect.

Dan take pride to overcome juga bukan hanya untuk wanita selepas bersalin dan mempunyai anak, tapi juga berkesan kepada wanita sama ada bujang atau berkahwin, dan juga orang lelaki. Wanita bujang misalnya ada yang take pride dengan melancong ke banyak tempat, atau sambung belajar ke peringkat lebih tinggi untuk overcome jodoh yang belum sampai. Ada wanita berkahwin yang take pride dengan layanan romantis suami kepada isteri untuk overcome kesedihan sebab belum ada rezeki anak, ada juga lelaki yang rapat dengan emak, bila emaknya meninggal dunia, dia take pride dengan work out, pergi gym. Bukan untuk berlagak badan sado ke, tapi untuk overcome kesedihan dan kehilangan. Memang badan sado tak mampu menggantikan emaknya tapi sedikit-sedikit bila dia buat sesuatu yang dia suka ia boleh bantu dia atasi rasa murung dan sedih.

Memetik kata health visitor saya (saya terjemah ke Bahasa Melayu) " Pentingnya untuk kamu buat (do) sesuatu yang kamu suka dan kamu rasa gembira, senang hati dan berbangga bila melihat hasilnya (take pride) walau bagaimanapun hasilnya supaya kamu dapat mengatasi (overcome) rasa sedih, hiba dan murung yang ada dalam hati kamu ".

Do
Take Pride
Overcome

Suami-suami kalau isteri murung lepas bersalin jangan pandai-pandai nak kata isteri awak tu lembik, pandai-pandai suruh isteri tengok orang putih kuat je lepas bersalin boleh pakai jeans bagai. Ini saya bagitau, saya pernah bersalin dekat negara orang putih lebih dari sekali dan saya tahu orang putih pun ada yang meroyan. Malah lebih teruk daripada orang kita.

Masalah meroyan, post natal depression bukan masalah terpencil, bukan hanya mitos orang Melayu. Tapi ia wujud di seluruh dunia. Dalam kalangan orang putih pun. Jika tidak masakan kerajaan Britain melalui agensi kesihatannya, NHS menubuhkan unit khas dan kempen rasmi untuk membantu menangani post natal depression. Para health visitor dilatih untuk mengesan simptom post natal depression ke atas para ibu yang baru melahirkan tanpa mengira usia ibu, proses kelahiran yang dilalui ataupun bangsa dan negara asal. Post natal depression adalah masalah universal. Ia benar-benar terjadi bukan kisah dongeng.

0 Response to ""Lepas bersalin, jangan pandai2 nak kata isteri awak tu lembik""

Catat Ulasan