warkah buat anakku ☺
muhammad adam fawwaz bin mohammad naim
21.10.2015, rabu
4.00 petang,,,,dapat panggilan telefon baby adam dah nak jumpa abah,,,
Terus abah beli tiket jam 6 dari kuala lumpur ke alor star....
Jam 11.12 malam,,tangisan memecah kesunyian...
Alhamdulillah..tok wan adam telefon abah bagitau adam dah selamat dilahirkan,,.
Seraya terucap alhamdulillah meskipon abah sedikit hiba kerana tidak sempat menjadi yang pertama menjemput adam dengan kalimat azan...
12.30malam khamis
abah tiba ke shahab perdana,,..terus pula ke pusat rawatan tempat adam mula menjenguk dunia
22.10.2015,khamis, 1.00 pagi
Abah sampai,,,terus abah dukung,,abah peluk abah cium baby adam...
Adam tenang...mata bulat melihat tengok abah
Tenang sangat abah rasa,
Adam dah buka mata,,adam comel..
Abah celupkan jari ke dalam air zamzam...
Kuat adam hisap jari abah..
Abah tersenyum...
Terima kaseh adam memberi sinar baru kepada abah...
Jam 2 pagi...abah serahkan semula kpd nurse...malam tu adam tido sorang2 sebab nurse nak pantau adam, abah tak dpt tido malam tu,,,rasa tak mengantuk...segar mata,,exited nk jmpa baby adam esoknye...
Jam 9.00 pagi,..
Adam tampak lemah kurang bermaya,,,..Dr beritahu kepada abah.. adam perlukan pantaun drp Dr pakar kanak-kanak...
Ambulan memecut laju di depan sementara abah rapat mengikuti di belakang...
9.30 adam dimasukkan ke NICU,,hosptal sultanah bahiyah alor star,..
Lama abah menunggu..,,
Jam 12....Dr panggil abah masuk..
Wayar di hidung adam,,ada wayar di pusat adam utk ubat,,wayar penuh di badan adam..
"Encik, saya akan berterus terang,,anak encik dalam keadaan tenat dan kritikal"
Dr cakap adam dlm keadaan tenat,,Dr cakap adam tenat peluang adam hidup
50 -50
Bingung abah,..
Berpinar pandangan mata abah
Kelu lidah abah,,,
Malam sebelumnya abah tgk adam sihat,,,pagi pula Dr cakap adam kritikal..tenat dan tak da harapan...terus terdiam abah...
Macammana harus abah jelaskan kepada semua...,yg sebelumnya gembira dengan kelahiran adam..
...Dr ambil no hp abh,,dan ckp depa akan call abah..
Abah senyap tak terkata,,..keseorangan memikirkan bagaimana harus abah menyampaikan berita kepada semua bahawa adam sebenarnya tenat..abah balik rumah,,,abah cakap kat depa adam dah tak larat....tu ja mampu..
5.00 khamis petang
Abah pi jumpa adam,,,abah hantar pampers new born dgn wet tissue utk adam.. dalam tu abah tak boleh duk lama-lama,,,
"Assalamualaikum..Adam,,,adam.....abah mai nie adam sayang"..
Abah tengok badan adam bergerak perlahan lahan,, jari adam bergerak-gerak respon salam abah walaupon Dr dah bagi ubat tido kepada adam..
Abah cuci tangan dengan ubat,,,abah usap jari adam,,bergerak2...
Lama abah tengok adam,,,
Bergenang air mata abah,,
Namun abah tahan juga sebab abah harap adam terjaga sambil lihat senyuman abah sahaja..
Jam 11.00 khamis malam
Di rumah....Dr telepon...Dr cakap adam mungkin hanya ada masa sampai esok sahaja..abah pon siap2...
Abah pi tengok adam,,,
Adam masa tu tak sedar apa dah,,dr masukkan ubat bagi adam mengantuk utk adam rehat,,
Mesin2 penuh,,,abah sedih tengok wayar2 di badan badan adam..geram abah tengok wayar2 yang ada di badanmu adam,,,
Kenapa tubuh kecilmu diperlakukan demikian rupa..
Namun abah sedar,,,untuk kebaikan serta ikhtiar..
Abah lega dan memujuk diri untuk berserah kepada Nya
allah....
Abah doakan utk adam dipermudahkan..
Jam 3.20 jumaat
Dr call..dr cakap adam sangat2 tenat,,,,Dr ckp boleh dtg tengok adam buat kali terakhir..
"Encik dan waris boleh datang melawat sekarang juga kerana anak encik sangat tenat"
3.30 jumaat
Sedang abah siap2 utk ke sana...
Dr call
"Encik,,harap bersabar...anak encik dah tiada"
Abah pon senyap,,,menitik air mata....abah pon siapkan baju adam,,
Bukan baju baby,,cuma kain pelekat dua helai utk selimutkan adam..
Sebelum nie abah sangkakan kita akan jadi kawan baik,..tapi Allah pilih adam utk dapat kawan2 di alam sana...kawan-kawan sebaya adam juga...
Adam pilih hari jumaat,,hari yang baik untuk ke 'rumah baru adam' yang sementara sebelum adam ke rumah yang kekal selamanya di syurga kelak,
Engkau bertuah wahai anakku...
Pasti syurga itu tempatmu inshaallah...
Bak kata Rasullullah SAW yang bermaksud : “Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Ramai yang berkata abah bapa bertuah kerana dikurniakan anak yang sedia menunggu di syurga,,,
Lalu bermonolog abah sendirian,...
Bagaimana mungkin abah akan bertemu adam di syurga sedangkan diri abah penuhdosa noda yang hina untuk ke sana...
Duhai anakku..tempatmu sudah tetap di syurga sana sedangkan abah belum tentu layak melihatnya apatah lagi menjejakkan kaki ke sana..
5.00 pagi jumaat
Abah pangku adam dalam kereta,,,
Sampai ke rumah abah pangku adam dlm kereta...
6.45 -11.00pagi,
jumaat
23.10.2015..
Adam smpai rumah tok wan adam,,,
Orang dtg tgk adam..
Adam siap2 mandi,,,..wangi adam,,,
Abah cium adam buat kali terakhir..wangian syurga,...
Abah solatkan adam,,abah bawak adam keluar...kita naik keta sama2..
Sampai ke rumah baru adam,,,abah letakkan adam,,mengadap kiblat.,abah sendal badan adam dengan ketulan tanah,,,abah tutup pintu rumah adam perlahan lahan..
Adam,,,ketahuilah abah sayang sangat2
Abah sayang sangat2 kat adam... tapi allah sayangkan adam juga,,,
Dan kaseh sayang allah kepada adam kasih sayang berhikmah...
Banyak mana pon sayang abah ke adam,,allah lagi sayang kepada adam,,
Wahai anakku,
Abah sangkakan abah yang pergi dulu,
Abah sangkakan abah menutup mata dahulu
Abah sentiasa berdoa biar adam hidup walau abah galang gantinya,,..
Kini adam dah tak da...
adam bawa semangat abah ke sana...
Terima kaseh adam hadir dalam hidup abah walupon hanya sebagai kenangan
Abah hilang kata2...
Maafkan abah sebab tak sempat menjadi ayah yang sempurna utk mu sayang..
Hadirmu tanpa sempat abah azankan
pergimu tanpa sempat abah talkinkan...
Maafkan abah adam fawwaz ku sayang..
Abah merancang hanyasanya Allah menentukan...
Namun abah kena kuat..
Abah redha dan senyum walau hati hanya Allah yang tahu...
Abah adam
25 okt 2015, 1:50 tengahari
Alor setar
0 Response to ""Encik, harap bersabar...anak encik dah tiada""
Catat Ulasan