"Kalau kamu accident seorang, mampos tak apa" AYAT PEDIH DARI SEORANG DOKTOR.



Gambar Di atas Sekadar Hiasan
Peristiwa pahit yang tak dapat dilupakan sehingga akhir nafasku. Layak ke seorang doktor mendoakan pesakitnya mampus?

Satu bangsa, satu agama, tetapi sampai macam itu sekali katanya. Saya tahulah saya OKU, saya pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan seperti manusia yang lain. Bukan saya minta lahir ke dunia ini untuk menjadi seorang OKU. Ini semua ketentuan Allah.

Kepada doktor atau jururawat yang terbaca post ini, tolong ingat bahawa hidup dan mati manusia semua kuasa Allah, semua ketentuan Allah.

AL-KISAHNYA

Pagi tadi saya ada appointment dengan doktor mata, Dr. Yushaniza Yaacob. Nama dipanggil untuk diperiksa. Masuk saja ke bilik doktor, selepas diperiksa, doktor bacakan report kes saya. Terus dia mengamuk tak henti-henti.

Dia nak buat aduan dan batalkan lesen saya.
Saya tak boleh pandu kereta dan motosikal sebab boleh membahayakan orang lain.
Doktor bercakap dengan nada menengking/marah sangat.
Dia halau saya macam seorang peminta sedekah yang paling hina.Serius saya sangat terkejut dan terkedu apabila seorang doktor boleh berkata seperti itu.

20 tahun saya jumpa macma-macam doktor yang berlainan bangsa dan agama, inilah pertama kali saya jumpa doktor perempuan yang satu agama saya melemparkan kata-kata seperti itu pada saya.

"Kalau kamu accident seorang, mampos tak apa. Tapi kalau kamu accident melibatkan orang lain? Tak ke menyusahkan orang lain?" bentaknya kepada saya.

Saya akui saya OKU, tetapi saya menggunakan motosikal itulah untuk saya mencari rezeki yang halal. Bukannya saya naik motosikal untuk pergi berlumba, saya naik motosikal hanya untuk pergi kerja dan balik kerja.

Saya nak pergi kerja tumpang orang boleh, tetapi sampai bila saya nak menyusahkan orang? Saya belajar hidup di dunia ini, saya tak nak menyusahkan sesiapa.

Akhir sekali, doktor halau saya. Dia kata dia tak nak buat pemeriksaan kesihatan terhadap saya. Dia campak laporan perubatan saya pada jururawat.

"Suruh orang lain check, saya tak nak check dia ni," katanya.

Semasa keluar dari bilik itu, doktor itu berkata lagi,

"Dah tahu macam tu, datang seorang,"

Perasaan marah saya pada doktor itu bertukar menjadi sebak sangat sehingga bergelinangan air mata.

Selepas itu, dia macam nak melibatkan ayah saya pula. Dia ingat saya ada lesen pakai cable/lesen terbang sebab alamat saya bermula dengan 'Rumah polis Bersara'.

Doktor itu kata, "ingat polis/tentera boleh buat apa saja?".

Dalam hati kecil saya berkata, "Ayah saya hanya security gate je doktor,"

Saya tak ada melawan apa-apa pun. Dia tanya, saya jawab. Dia marah, saya hanya mampu menangis. Memang kata-kata dia ada betulnya, saya membahayakan orang tetapi takkan saya nak terus mengalah?
Dengan dugaan yang Allah berikan pada saya, takkan saya nak duduk rumah saja, menghabiskan duit keluarga? Kalau keluarga saya kaya raya tak apalah juga. Saya memang tak boleh nak melawan cakap doktor itu sebab saya terkejut dia marah macam itu sekali.

Saya tak mampu nak berbuat apa-apa. Tak mampu nak berfikir apa-apa. Hanya air mata saja yang menemani saya. Akhirnya, dua orang doktor India yang periksa saya. Elok saja layanannya. Tak ada pula nak marah-marah.

Saya bukan nak besarkan kes ini, bukan tak nak buat report. Tetapi saya tak nak besarkan cerita. Doktor itu banyak duit, boleh ada peguam dan sebagainya. Saya? Apa saja yang saya ada?

Tak apalah. saya maafkan doktor itu dunia dan akhirat. Mungkin dia ada masalah dengan keluarga dia. Itu pasal mood dia tak okay hari ini. Tetapi kata-kata dia memang saya akan ingat sampai bila-bila.

Kalau disebabkan saya bawa motosikal membahayakan orang, tak apalah. Selepas ini saya akan bakar motosikal itu. Saya jalan kaki saja. Sebab doktor itu boleh tentukan hidup mati saya. Terima kasih Doktor Yus.

Pengadu - Hafizuddin Hashim

Artikel ini ditaip semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to ""Kalau kamu accident seorang, mampos tak apa" AYAT PEDIH DARI SEORANG DOKTOR."

Catat Ulasan