2 Remaja memakai T-Shirt dan tidak seperti berseluar dalam......Menggemparkan!!
PETALING JAYA: Dua remaja perempuan di Singapura tiba-tiba menjadi popular di media sosial gara-gara berpakaian seksi dan menjolok mata ketika menaiki MRT, baru-baru ini.
Kedua-dua remaja yang tidak dikenali itu menjadi bahan kutukan netizen yang menganggap pakaian yang dipakai mereka berdua sangat tidak sesuai di khalayak umum.
Malah, ada netizen yang bertindak keterlaluan apabila membuat komen dua remaja itu layak dirogol kerana berpakaian seksi dan boleh menaikan hawa nafsu lelaki.
Menerusi gambar yang disebarkan, salah seorang remaja itu hanya memakai T-Shirt tidak berlengan dengan seluar pendek ketat seolah-olah mahu ke gymnasium manakala seorang lagi hanya memakai T-Shirt dan tidak seperti berseluar dalam.
Gambar dua remaja itu dipercayai diambil secara sengaja untuk diviralkan dan menarik perhatian’ The Malaysian Feminist” (TMF) yang kemudian memuatnaik di Facebook mereka pada 24 Mac lalu.
Selain gambar, Facebook pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut memaparkan komen komen-komen negatif yang rata-rata berpendapat ‘mereka layak dirogol kerana memilih cara berpakaian seperti itu’.
Namun, terdapat juga komen yang berpendapat kes rogol bukan kerana cara wanita berpakaian, jadi fokus perlu kepada perogol bukannya pakaian.
“Dia patut dirogol,” kata netizen menggunakan nama Sam Sam.
“Jika gadis itu dirogol, jangan salahkan perogol itu,” kata Diana Adrian.
“Ini salah satu tindakan bodoh, gadis itu tidak sepatutnya berpakaian sebegitu. Ini salah satu punca meningkatnya kes rogol,” komen Jeffery Jeff.
“Jika berpakaian seperti ini…jangan ditanya jika dicabul,” tulis Sunita Dayani.
“Jika ada lelaki yang mencabul/ rogol wanita berpakaian seperti ini, jangan salahkan perogol,” komen Dol Wangga.
0 Response to "2 Remaja memakai T-Shirt dan tidak seperti berseluar dalam......Menggemparkan!!"
Catat Ulasan